3 Gambar Awet Muda NORMALA SAMSUDIN Pada Umur 51 tahun

Bekas pengacara dan pelakon, Puan Sri Normala Samsudin kini merupakan isteri kepada bekas menteri, Tan Sri Azmi Khalid.

Untuk pengetahuan ramai, Normala Samsudin seorang yang jelita dan pernah digelar “Wanita Melayu Terakhir” dek kerana keaslian dan kecantikan wajahnya.
Tak Akan Kembali
Normala Yang kini berumur 51 tahun berkata dia tidak akan kembali kedunia glamor dan ke industri hiburan dan kewartawanan.
Ini komennya:
“Alhamdulillah saya gembira dengan kehidupan sekarang sebagai suri rumah dan langsung tidak rindu atau memasang impian untuk kembali semula dalam industri.

“Rezeki saya hanya setakat di situ dan biarlah wajah baharu pula diberi peluang menggantikan kami orang lama ini,” 
Masih Ikuti Perkembangan
Walaupun sibuka dengan kehidupan seharian, Normala Samsudin masih mengikuti perkembangan industri terutama pengacara baru.
Normala juga menceritakan kehidupannya yang terkini sebagai isteri dan ibu.
“Saya kini menetap di Perlis tetapi sekali-sekala akan turun ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengikut suami. Selebihnya tiada apa yang menarik cuma aktiviti saya kebanyakkannya lebih kepada menguruskan rumah tangga seperti kebanyakkan wanita lain,” 
Program Nona Semakin Hebat
“Saya kali terakhir muncul dalam Nona pada 2004 dan sejak itu pelbagai perubahan telah berlaku sejajar dengan teknologi dan kuasa media sosial.

“Pun begitu Nona tetap berada di kedudukannya tersendiri sehingga membuatkan ia mampu kekal tiga dekad lamanya,” 
Jom lihat wajah terkini Normala Samsudin pada umur 51 tahun.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment