5 PERSAMAAN KEGANASAN ULTRAS CROATIA (VS REP. CZECH) DENGAN ULTRAS MALAYA (VS ARAB SAUDI)


Jika anda menonton perlawanan Republik Czech vs Croatia yang berlangsung di Stade Geoffroy-Guichard, Saint-Étienne pada awal pagi Sabtu lepas (18 Jun 2016), anda telah disajikan oleh dua naratif menarik:
  • kebangkitan Republik Czech untuk seri 2-2 selepas ketinggalan 0-2
  • insiden keganasan penyokong Croatia pada minit 86′ ketika Croatian masih mendahului 2-1
Insiden keganasan penyokong Croatia ini membuatkan penonton seluruh dunia tertanya-tanya:
  • mengapa penyokong Croatia cuba menghentikan perlawanan ketika pasukan mereka masih beraksi dengan baik?
  • kemudian mengapa penyokong Croatia bergaduh sesama sendiri?
Persamaan dengan penyokong Malaysia
Sejurus selepas kejadian ini berlaku, ramai peminat bola sepak ingin mencari jawapan kepada soalan di atas.
Untuk mencari jawapan yang terbaik, ia haruslah datang dari penyokong Croatia yang neutral iaitu – penyokong yang faham mengapa keganasan penyokong Croatia ini berlaku TETAPI pada masa yang sama menentang keganasan dalam bola sepak.
Selepas meluangkan sedikit masa untuk membuat kajian, akhirnya kami terjumpa jawapan neutral yang kami mahukan di Reddit. Seperti yang kami mahukan, jawapan ini ditulis oleh:
  1. rakyat dan penyokong Croatia yang memahami bahasa Croatian
  2. faham mengapa keganasan ini berlaku
  3. bersifat neutral iaitu tidak bersetuju dengan sebarang bentuk keganasan dalam bola sepak
Berdasarkan jawapannya, kami dapat melihat terlalu banyak persamaan dengan senario bola sepak Malaysia.
Terutamanya dengan insiden keganasan yang dilakukan oleh penyokong kita ketika Malaysia vs Arab Saudi pada 9 September 2015 di Stadium Shah Alam.
Berikut merupakan persamaannya:
1. Seperti insiden Stadium Shah Alam yang didalangi ultras, insiden di Saint-Etienne pula didalangi oleh ultras Croatia
Dua kumpulan ultras yang dilaporkan terlibat adalah Bad Blue Boys (ultras Dinamo Zagreb) dan Torcida (ultras Hajduk Split).
9e31be879f690b77aaa6
Dua kumpulan ultras ini selalunya bermusuhan di peringkat domestik. Tetapi kami beranggapan mereka memahami konsep – the enemy of my enemy is my friend. Jadi mereka bersatu untuk mencipta kekecohan ini.
2. Seperti insiden di Stadium Shah Alam yang bermotif untuk memalukan FAM, insiden di Saint-Etienne pula bermotif untuk memalukan CFF
Melalui Bad Blue Boys dan Torcida, penyokong-penyokong Croatia di Saint-Etienne ingin meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan pengurusan Croatian Football Federation (CFF) yang penuh dengan korupsi.
Mereka benci dengan pucuk kepimpinan CFF sejak lamanya.
Dan insiden keganasan di Saint-Etienne merupakan cara mereka untuk memalukan pegawai CFF, memaksa mereka meletak jawatan dan memberitahu penyokong luar negara mengenai situasi bola sepak di Croatia.
Malah mereka juga tidak kisah jika pasukan kebangsaan mereka disingkirkan dari Piala Eropah 2016. Ini kerana mereka berpendapat – hanya dengan cara ini sajalah pengurusan CFF boleh dirombak.
3. Seperti insiden di Stadium Shah Alam yang ditujukan kepada pemimpin FAM, insiden di Saint-Etienne pula ditujukan kepada pemimpin CFF
Bagi penyokong Croatia, dua individu yang dikehdaki oleh mereka adalah Zdravko Mamic (kanan) and Davor Suker (kiri).
61118111
Zdravko Mamic merupakan pengarah de-facto CFF dan penasihat kelab gergasi Croatia, Dinamo Zagreb. Di sini sahaja kita boleh lihat persamaannya dengan amalan tipikal bola sepak Malaysia – pemimpin yang mempunyai conflict of interest.
Bagaimana Mamic dibenarkan mentadbir bola sepak Croatia jika beliau masih memegang jawatan di peringkat kelab?
Di Croatia, ia bukan satu rahsia lagi bahawa Mamic bertanggungjawab ‘merompak’ pemain, membeli pengadil, mengelak cukai, menghalang hasrat penyokong Dinamo untuk menjadi exco kelab dan menganggu urusan pasukan kebangsaan Croatia (gambar bawah).
mamic
Mamic juga bertanggungjawab menjual pemain bintang Dinamo seperti Luka Modric, Vedran Corluka, Mario Mandzukic, Eduardo, Sammir, Alen Halilovic, Mateo Kovacic, Daniel Pranjic, Milan Badelj dan banyak lagi.
Melalui transaksi penjualan pemain-pemain yang mencecah nilai jutaan euros ini, Mamic mendapat sedikit peratusan jualan sebagai duit poket peribadinya.
Insiden Eduardo
Jika jenayah di atas belum cukup untuk menaikkan darah anda, anda perlu tahu apa yang Mamic lakukan kepada Eduardo.
Adalah menjadi kebiasaan di Dinamo, mana-mana pemain muda yang mahu bermain dalam pasukan senior Dinamo perlu menandatangani kontrak yang menetapkan pemain perlu menyerahkan 50% gaji mereka kepada Mamic.
Eduardo yang ketika itu baru berusia 16 tahun dan tidak faham bahasa Croatia, menandatangani kontrak tersebut.
Hanya selepas berpindah ke Arsenal, barulah Eduardo sedar beliau telah ditipu dan haknya dirampas oleh Mamic. Eduardo cuba mengheret Mamic ke mahkamah, tetapi individu berpengaruh seperti Mamic sentiasa terlepas dari muka pengadilan.
Suker si boneka
Davor Suker, bekas penyerang kebangsaan Croatia yang membantu negaranya menduduki tempat ke-3 semasa Piala Dunia 1998 pula dianggap oleh penyokong dan media sebagai boneka Mamic.
Kesukaran mendakwa Mamic
Sebagai individu yang dilindungi oleh kawan-kawan ahli politik, adalah sukar bagi polis untuk membuka kes terhadap Zdravko Mamic. Ini membuatkan tuduhan penyokong Croatia terhadap Mamic tak lebih sekadar daripada suara-suara yang ‘bising’ sahaja.
Walaupun Mamic kini masih disiasat polis atas beberapa kes mengelak cukai, beliau hanya diberikan hukuman ringan iaitu – tidak dibenarkan menganggu urusan rasmi kelab (sedangkan masih aktif sebagai penasihat di belakang tabir).
Di peringkat CFF pula, beliau masih bebas.
4. Seperti insiden di Stadium Shah Alam yang dirancang awal-awal oleh ultras, insiden di Saint-Etienne juga dirancang awal-awal oleh ultras mereka
Perancangan untuk melakukan insiden keganasan di Saint-Etienne ini telah dirancang awal-awal dan dihebohkan secara sengaja di media sosial.
931cd9b6bb21b236f3ed
d9e17c011fa44ae0ef9a
Pihak berkuasa Croatia pula sudah lama memaklumkan rancangan ultras Croatia ini kepada pihak berkuasa Perancis.
Malah ultras Croatia juga dikatakan telah dapat membeli tiket atas bantuan penyokong kelab Perancis, Saint-Etienne. Tambah memburukkan keadaan, tiada pemeriksaan ID dilakukan sebelum penyokong masuk stadium.
Jumlah mercun dan flares yang berjaya diseludup masuk oleh ultras Croatia ini merupakan peringatan keras kepada pihak berkuasa Perancis supaya mempertingkatkan tahap keselamatan stadium.
5. Seperti insiden di Stadium Shah Alam yang berniat murni tetapi dengan dilaksanakan dengan cara yang salah, insiden di Saint-Etienne juga sama
Bagi kami, matlamat tak menghalalkan cara. Jika kami bersetuju dengan prinsip ini, sudah lama kami mengagung-agungkan Niccolo Machiavelli.
Matlamat mereka mungkin untuk memperkenalkan demokrasi dan ketelusan dalam bola sepak domestik, tetapi caranya salah. Malah langsung tak berkesan jika kita menganalisis kesan keganasan Stadium Shah Alam kepada ‘perubahan’ pucuk kepimpinan FAM.
Kebencian kedua-dua ultras kepada pengurusan bola sepak negara mereka sudah mencapai tahap kritikal sehinggakan mereka sanggup mensabotaj pasukan kebangsaan dan saudara sesama penyokong yang menolak keganasan bola sepak.
f246f7b4c7b095a42e04
Apabila kita bergaduh sesama sendiri, FAM dan CFF hanya gelak sesama mereka.
Apakah kita sudah lupa siapa musuh sebenar kita?
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment