Anak kepada pasangan Yusry KRU dan Lisa Surihani iaitu Yahaira Leanne masih lagi kurang didedahkan oleh ibu bapanya itu.
Bagi Yusry dan juga isterinya, Lisa Surihani, faktor keselamatan adalah keutamaan mereka dan tidak mahu mendedahkan anak kepada umum.
Kata Lisa, dia dan suami sudah sepakat untuk tidak membuka akaun laman sosial khusus buat anaknya, Yahaira Leanne.
Ini komen Lisa:
"Masing-masing mempunyai cara dalam menjaga atau mendidik permata hati”
“Sekarang pun Yahaira masih terlalu kecil dan belum faham keadaan sekeliling, jadi biarlah dia menikmati dunianya sperti kanak-kanak lain.
Kalau dia sudah mengenal teknologi, kami biarkan dia buat pertimbangan sendiri. Bukan kami atau orang lain mewujudkannya,”
Jom lihat wajah Yahaira Leanne
Sumber asal: beritamemey
0 comments:
Post a Comment