Fakta Misteri Gunung Roraima Di Amerika Selatan


Mungkin rakan pembaca pertama kali mendengarnya. Namun Gunung Roraima ini merupakan antara keajaiban ciptaan-Nya di Amerika Selatan. Gunung Roraima merupakan gunung yang unik dan penuh misteri kerana kemuncaknya yang rata, luas serta sentiasa diliputi awan.

Inilah fakta misteri Gunung Roraima di Amerika Selatan:


-Gunung Roraima dimiliki oleh 3 sempadan negara, Guyana, Venezuela dan Brazil.

-Diterokai oleh Sir Walter Raleigh penjelajah Inggeris pada tahun 1596.

-Mempunyai ketinggian 2801 meter dan lebar 2338 meter persegi

-Gunung berbentuk meja ini terdiri daripada batuan pra sejarah.

-Merupakan sebahagian taman negara Venezuela, Taman Negara Cainama.

-Terdapat pelbagai jenis tumbuhan unik di sini termasuklah periuk kera.

- Terdapatnya air terjun tertinggi di dunia, Angel Fall.

-Sebelum kedatangan orang Inggeris, gunung ini penuh dengan mitos dan lagenda bagi orang asli di kawasan pergunungan tersebut.

-Pihak penerbitan filem terkemuka, Disney dan Pixar menjadikan gunung ini sebagai inspirasi atau latar di dalam filem mereka.

-Merupakan salah satu slot Animal Planet dan Discovery Channel, dengan tajuk The Lost World.

Gunung ini akan terus menjadi ikon yang popular di seluruh dunia atas sifat fizikalnya yang lain dari yang lain. Semoga bermanfaat.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment