(Gambar) Ferrari Langgar 'Punggung' Proton Preve, Tiada Yang Cedera


Kuala Lumpur, 20 Jun: Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian sebuah kereta Ferrari bewarna pink melanggar sebuah kereta Proton Preve yang berlaku kira-kira 6 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, Ferrari yang dipandu lelaki tersebut dipercayai hilang kawalan berhampiran jejambat Jalan Tun Razak menghala ke Ampang di sini.

Kenderaan mewah berkenaan dikatakan melanggar bahagian belakang kereta Proton Preve terbabit.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Susulan itu kedua-dua kenderaan ditunda ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Kemalangan itu mengakibatkan kereta Proton Preve mengalami kerosakan di bahagian belakang manakala kereta Ferrari itu remuk di bahagian hadapan. Kedua-dua pemandu berkenaan tidak cedera.

“Pemandu kereta mewah itu bagaimanapun tampil di balai polis sebelum diarah menjalani ujian alkohol petang semalam,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.









Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment