SUSSEX 25 Jun - Sebuah kereta lumba Aston Martin yang sudah berusia 70 tahun berjaya dijual dengan harga 679,100 pound (RM3.8juta) menerusia satu lelongan di jualan Festival Goodwood Speed Bonhams dekat sini baru-baru ini.
Utusan Online melaporkan, biarpun hampir keseluruhan cat kereta itu sudah tertanggal, kereta sudah bertampal-tampal, tangki minyak 48 gelen hilang dan jeriji radiator sudah tidak original, pembeli yang enggan dikenali itu sanggup berbelanja wangnya untuk memiliki kereta tersebut.
Kereta itu adalah kereta lumba selepas Perdang Dunia Kedua, Aston Martin DB2 Fixed-Head Coupe yang sudah tidak digunakan berpuluh-puluh tahun dan pernah dicuri dari pemiliknya pada 2002.
Difahamkan, kereta yang bernombor pendaftaran UMC 65 itu pernah menyertai pertandingan lumba kereta Circuit de la Sarthe 67 tahun yang lalu.
Walaupun telah berusia 70 tahun, kereta tersebut masih mempunyai bahagian-bahagian asal kereta lumba yang direka untuk berlumba dalam pertandingan selama 24 jam termasuk mempunyai logo Le Mans pada penutup radiator dan pengisi minyak.
Menurut jurucakap Bonhams, kereta itu adalah satu-satunya kereta lumba tahun 1949 yang masih ada sehingga ke hari ini dan pernah memenangi tempat ketujuh pada pertandingan lumba kereta pertama selepas perang dunia terbabit, Grand Prix d’Endurance melalui pemandunya, Arthur Jones dan Nick Haines.
Kereta berkenaan merupakan yang pertama dibina pasukan David Brown Aston Martin dan kehebatannya merupakan mercu tanda jenama Feltham.
Tim Schofield dari Bonham berkata, kereta itu merupakan antara kereta yang memegang sejarah dalam kereta jenama Britain.
“Kereta itu merupakan permulaan pengeluaran kereta DB yang masih dibina oleh Aston Martin sehingga ke hari ini,” katanya. - Siakapkeli.my

0 comments:
Post a Comment