Nak Makan Roti John Tanpa Perlu Beratur Di Bazar? Buat Sendiri Saja Di Rumah!

  • Bila berkunjung ke bazar Ramadan, pasti ramai yang rasa tidak sah untuk pulang ke rumah tanpa membeli sebungkus Roti John dulu

  • Tapi sebenarnya, ada cara untuk menikmati Roti John tanpa perlu berbaris menunggu hidangan kesukaan anda. Bagaimana? Ikuti resipi mudah ini:

    • Bahan-bahan:
      - 2 telur
      - ¼ cawan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL
      - ½ bawang besar (dicincang)
      - 2 ulas bawang putih (dicincang)
      - 1 sudu kecil serbuk kari
      - 100g daging cincang
      - Roti hot dog
      - Kobis (diparut)
      - Lobak merah (diparut)
      - Tomato (dihiris)
      - Sos cili & mayones
      - Garam
      - Mentega

      Cara-cara:
      1. Pukul telur bersama susu.
      2. Cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih.
      3. Masukkan daging, serbuk kari, dan garam. Gaul sehingga masak dan tuangkan adunan telur ke atas daging.
      4. Apabila sudah sedikit masak, tekapkan roti hot dog ke atas adunan.
      5. Balikkan roti dan tabur kobis, lobak merah, dan tomato.
      6. Hidang bersama sos cili dan mayones.
       says.com
  • Selain dihidang sewaktu berbuka, cara penyediaan Roti John yang ringkas menjadikannya sesuai sebagai menu sahur juga

    • Resipi ini hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit, dan langkah-langkah memasaknya yang ringkas dapat mengurangkan waktu mengemas dapur selepas sahur.
       says.com
  • Membuat Roti John sendiri di rumah juga bermaksud anda dapat mengawal kualiti bahan-bahan yang digunakan dan khasiat yang terkandung

    • Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL ada digunakan dalam resipi ini tetapi untuk meningkatkan lagi pengambilan khasiat yang sempurna, nikmati segelas susu ini bersama Roti John anda.

      Untuk pengetahuan anda, Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL mempunyai 56% lebih protein dan 25% lebih kalsium berbanding dengan susu biasa. Di samping itu, ia juga mengandungi 75% kurang laktosa dan hanya 1% lemak berbanding dengan susu biasa yang mengandungi 4% lemak.

      Diperkaya pula dengan 9 jenis vitamin, iaitu A, B1, B3, B6, B12, C, D, E dan Asid Folik, Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL amat sesuai untuk mengekalkan tenaga dan kesihatan sepanjang bulan Ramadan ini.
       says.com
    • Selain itu, sayuran segar pelbagai warna juga melengkapkan lagi resepi ini, dan dapat meningkatkan kandungan khasiat untuk mendapatkan tenaga berpuasa yang secukupnya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment