Negara-negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi


Setelah adanya penggabungan/pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada.
1. AbyssiniaNama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 20
2. Austria – HungarySebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama .
3. BasutolandBertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966
4. BengalSebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India.
5. BurmaNama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma.
6. CataloniaSebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 – 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut.
7. CeylonMenukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972
8. ChampaTerletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.
9. CorsicaPulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis.
10. CzechoslovakiaBerpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.
11. Jerman Timur & Jerman BaratBergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman.
12. Pakistan TimurMemisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh.
13. Gran ColombiaSebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.
14. HawaiiWalaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.
15. New GranadaMerupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang)
16. Yaman Utara & Yaman SelatanYaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.
17. Empayar Uthmaniyyah
Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.
18. PersiaEmpayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini.
19. PrussiaMenjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu.
20. RhodesiaBertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe.
21. SiamMenjadi Thailand pada tahun 1939.
22. SikkimSekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.
23. Vietnam SelatanWujud sekitar 1954 – 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu.
24. Southwest AfrikaMemperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.
25. TaiwanWalaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka. Taiwan adalah ibu negara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.
26. Tanganyika dan Zanzibar2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.
27. Texas
Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845.
28. TibetTibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang.
29. TransjordanMenjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946.
30. USSRKesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.
31. Urjanchai RepublicTerletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia.
32. VermontPada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.
33. West FloridaMenjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.
34. Western SamoaMenjadi Samoa pada 1998.
35. YugoslaviaBerpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.
36. ZaireMenukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment