Netizen 'Bengang', Warga Israel Terlepas Masuk Malaysia
-
Luar Negara
,
Semasa
,
Tempatan
Edit
Sejak minggu lalu tersebar di laman sosial di mana Facebook StandWithUs yang berpengkalan di Jerusalem, Israel telah memuatnaik sekeping gambar memaparkan warga Israel bernama Rudy Rochman bergambar berlatar belakangkan menara Berkembar Petronas, KLCC.
Gambar berkenaan disertakan dengan kepsyen yang meminta supaya dunia menghentikan diskriminasi terhadap Israel.
Berdasarkan keterangan itu juga mendakwa lelaki berkenaan telah memasuki Malaysia bukan menggunakan passport Israel tetapi menggunakan passport Perancis.
Namun tindakan lelaki itu yang mengambil gambar pasport Israel berlatar belakangkan KLCC dan menyebarkan gambar berkenaan seolah-olah membuat provokasi menimbulkan rasa tidak senang netizen.
Selain itu, page berkenaan menyatakan bahawa ada rakyat Malaysia yang menyokong Israel secara senyap, tetapi kerajaan tetap meneruskan pengharaman untuk warga Israel masuk ke Malaysia.
Kenyataan komen oleh page StandWithUs yang berbunyi " We hope the government of Malaysia enjoys this photo" membuatkan netizen semakin bengang.
Berikut adalah komen mereka.
0 comments:
Post a Comment