“Mungkin kerana sibuk bekerja dan membesarkan anak membuatkan saya tidak terfikir mencari pengganti. Lagipun dalam keadaan sekarang, saya tidak pasti adakah bersedia mendirikan rumah tangga semula. Pun begitu, saya tidak menolak andai ada yang ingin berkenalan”
“Bagi saya, biarlah jodoh hadir dengan sendirinya. Saya serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa. Buat masa ini, perkahwinan bukanlah prioriti kerana saya pernah laluinya sebelum ini. Fokus utama saya kini adalah untuk menghabiskan masa dengan membesarkan anak,” jelasnya kepada Harian Metro.
Tidak mahu berselindung, status ibu tunggal yang dipegangnya hampir dua tahun itu juga dalam masa membuatkan dirinya sunyi namun pelakon ini meletakkan keyakinan kepada takdir.
“Siapa yang tidak sunyi apabila hidup bersendirian? Pernah juga terlintas di hati bilakah saya akan berkahwin selepas melihat kawan-kawan mendirikan rumah tangga. Apa-apa pun, saya percaya detik itu akan sampai juga. Lagipun, bukankah soal jodoh rahsia Tuhan?,” katanya.(rtky/s)
0 comments:
Post a Comment