Serang masjid


Bago (Myanmar): Puluhan penduduk Islam terpaksa mencari perlindungan di balai polis selepas ratusan penganut Buddha menyerang masjid berikutan berlaku pertikaian antara dua jiran berlainan agama mengenai pembinaan madrasah.
Keganasan itu tercetus petang kelmarin selepas kira-kira 200 perusuh mengamuk di kawasan orang Islam di kampung Thuye Tha Mein, daerah Bago berhubung pembinaan sekolah itu.
“Ia bermula apabila seorang lelaki Muslim dan wanita Buddha bertengkar. Tidak lama selepas itu, orang ramai datang menyertai pergaduhan itu.
“Sebahagian bangunan masjid musnah. Begitu juga pagar di tanah perkuburan,” kata ketua kampung itu, Hla Tint.
Menurutnya, kira-kira 70 penduduk termasuk kanak-kanak mencari perlindungan di sebuah balai polis kelmarin. Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan.
Penduduk, Tin Shwe OO, 29, memberitahu mereka kini hidup dalam ketakutan.
“Kami terpaksa bersembunyi kerana beberapa orang datang mengugut membunuh kami. Situasi seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Saya tidak berani tinggal di rumah. Untuk keselamatan keluarga, kami akan berpindah ke tempat lain sekurang-kurangnya untuk seminggu,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment