SHAHIR buka mulut hubungan dengan ERRA FAZIRA.. JENG3..



Jika sebelum ini pelakon Erra Fazira menafikan gosip cinta tentang dirinya dengan penyanyi Shahir Zawawi, nah kali ini akhirnya peminat boleh mendengar sendiri apa jawapan daripada bekas juara Akademi Fantasi 8 itu.
Berbeza dengan Erra, nyata jawapan Shahir nampak lebih positif dan mahukan peminat mendoakan yang baik-baik sahaja. Mungkinkah ada sinar buat mereka berdua?
“Kami belum tetapkan tarikh. Cerita yang bertebaran itu bukan daripada kami berdua. Kita tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Doa yang baik-baik sahaja… Insya-Allah. Selama inipun, saya kasihankan Erra kerana selalu menjawab setiap spekulasi yang timbul kerana saya tidak ada di ibu kota,
“Selama ini, saya bukan mahu mengelak. Mungkin kini sudah sampai masanya untuk saya sedikit terbuka mengenai hubungan kami. Lagipun keluarga kami sudah bersetuju secara lisan.
“Jadi memang tak ada halangan dan masalah untuk saya sendiri mengambil peranan memikirkan ke fasa yang lebih serius ,” ujarnya menerusi temubual bersama Berita Harian.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment