Seorang suri rumah maut akibat tertusuk besi penghadang jalan selepas kereta yang dinaiki bersama-sama anak dan suaminya terbabas ketika menuruni bukit di Km83, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di Dungun semalam.
Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, wanita dikenal pasti sebagai Madihah Mohd, 21, itu maut di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, suaminya Muhammad Syahir Muhammad Syafiq Chandran, 21, yang memandu dan anak mereka Muhammad Naufal tidak mengalami kecederaan.

Ketika kejadian, tiga beranak terbabit dalam perjalanan ke rumah mereka di Kampung Limbong Paka selepas membeli barangan dapur di bandar Dungun, kata adik Madihah, Abdul Hadi, 18, ketika ditemui Bernama di unit forensik Hospital Dungun, malam tadi.
Katanya anggota Balai Bomba dan Penyelamat Dungun membantu mengeluarkan kakaknya yang tersepit.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.
- Bernama

0 comments:
Post a Comment