8 Cedera Termasuk Seorang Parah Dalam Kejadian Letupan Disebuah Pub Berhampiran IOI Mall


Puchong: Sekurang-kurangnnya enam orang cedera dalam kejadian sebuah letupan di sebuah pub berhampiran IOI Mall, di Puchong Jaya, awal pagi tadi, lapor Harian Metro.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar mengesahkan letupan berkenaan adalah berpunca daripada bom tangan yang dilemparkan oleh individu yang berada di depan pub.

"Kami (polis) akan menyiasat segala kemungkinan sama ada persaingan perniagaan, dendam mahupun individu tertentu yang berniat melakukan perbuatan itu," katanya.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.50 pagi itu, pub berkenaan dipenuhi orang ramai di mana pengunjung sedang menyaksikan perlawanan pusingan kalah mati 16 pasukan Euro 2016.

Mereka yang tercedera terdiri empat lelaki dan empat wanita yang kini dirawat di Hospital Serdang dan pusat perubatan swasta.

Menurut seorang saksi mendakwa sekumpulan lelaki telah membalik satu objek ke dalam pub sebelum kedegarna bunyi letupan kuat.

"Letupan menyebabkan cermin pub pecah dan orang awam yang berada di lokasi cedera.

"Tidak lama kemudian ambulans datang dan membawa mangsa ke hospital," katanya. -Siakapkeli.my









Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment