Keputusan referendum untuk Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) pasti menjejaskan setiap aspek kehidupan awam, termasuk sukan.
Sebelum ini - dengan prinsip kebebasan bergerak antara negara - membolehkan penggiat sukan dari anggota EU mencari rezeki di United Kingdom tanpa memerlukan permit pekerjaan.
Itu berbeza dengan keadaan di EU, khususnya untuk pemain bola sepak peringkat kelab yang mesti mewakili negara masing-masing untuk perlawanan atau tempoh tertentu sebelum mendapat kelayakan bermain di UK.
Di EPL sekarang ini - dengan andaian England tidak menganggotai EU - ada lebih 100 pemain tidak layak beraksi tanpa kelonggaran dinikmati melalui kesatuan berkenaan.
Pemain seperti Dimitri Payet (West Ham United), N'Golo Kante (Leicester City) dan Anthony Martial (Manchester United) sudah pasti tidak mendapat permit kerja kerana ketika bersama kelab masing-masing mereka belum menjadi pemain kebangsaan Perancis.
Pemain bola sepak Amerika Selatan seperti Diego Costa dan Philippe Coutinho pula boleh mendapatkan permit kerja dengan mudah kerana sudah memiliki status warganegara EU sebelum ke England.
Pilihan lebih terbatas
Sebelum keputusan Brexit diumumkan, ejen bola sepak terkemuka Jonathan Barnett berkata, jika majoriti penduduk memilih untuk keluar dari EU daya saing EPL akan terjejas.
"Sangat penting untuk kita kekal dalam EU jika mahu menjadi liga terbaik di dunia," katanya kepada The Daily Telegraph.
Justeru tidak hairanlah apabila Pengerusi Eksekutif EPL, Richard Scudamore bersama 20 kelab EPL turut menyokong supaya Britain terys kekal berada dalam EU.
"Dengan apa yang berlaku semua badan sukan perlu duduk dan melihat semua peraturan sedia ada dan memutuskan sama ada meneruskannya atau merangka peraturan baru," katanya.
Selepas ini, seluruh persatuan sukan di England bakal berubah dan perlu mengetengahkan peraturan tertentu jika berkait dengan atlet dari negara EU.
EPL juga terbatas untuk mendapatkan pemain-pemain hebat dari negara EU atau terpaksa membayar yuran perpindahan dan gaji lebih mahal.
Kelab di EPL juga mungkin tidak mampu menyaingi pasukan dari negara EU untuk mendapat pemain berbakat besar dari kalangan negara anggota kesatuan itu.
Tidak mudah untuk kelab seperti Leicester City memiliki Kante, atau Arsenal memperoleh pemain seperti Cesc Fabregas atau Francis Coquelin.
Mari lihat dua pemain terkenal di EPL yang tidak layak bersaing di liga berkenaan jika Britain keluar dari EU lama dulu:
Cristiano Ronaldo
Ketika Ronaldo menandatangani kontrak dengan Manchester United pada 2003 dia hanya sekali mewakili negaranya, Portugal.
Ketika Ronaldo menandatangani kontrak dengan Manchester United pada 2003 dia hanya sekali mewakili negaranya, Portugal.
Namun melalui kelonggaran keanggotaan EU dia layak bermain di EPL bersama Eric Djemba-Djemba, David Bellion dan Kleberson.
Thierry Henry
Walaupun Henry sudah mewakili skuad kebangsaan Perancis ketika berpindah ke Arsenal dari Juventus pada 1999, jumlahnya masih belum mencukupi untui diberi permit kerja di England.
Walaupun Henry sudah mewakili skuad kebangsaan Perancis ketika berpindah ke Arsenal dari Juventus pada 1999, jumlahnya masih belum mencukupi untui diberi permit kerja di England.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Ekonomi Sukan Universiti Liverpool, Dr Babatunde Buraimo menyatakan hujahnya bahawa kelab EPL terpaksa mengeluarkan modal besar untuk mendapatkan khidmat pemain dari negara EU.
"Kelab akan bermasalah menggunakan khidmat pemain berkaliber tinggi dari negara EU yang berada pada kedudukan yang terbaik Fifa," katanya.
Bagaimanapun pada sisi lain itu, keputusan Brexit itu pula boleh memberi faedah kepada sukan Britain.
Pemilik bersama firma undang-undang sukan Sheridans, Daniel Geey, berpendapat pemisahan Britain akan meningkatkan jumlah pemain tempatan dalam EPL apabila kemasukan pemain asing dalam liga utama menjadi lebih terbatas.
Katanya, sesetengah persatuan sukan di England berharap dapat memperkenalkan kouta untuk atlet tempatan namun sukar apabila terikat dengan ketetapan dipersetujui EU.
Selain bola sepak syarat-syarat Perjanjian Cotonou dan Ketetapan Kolpak pada tahun 2003 membolehkan atlet dari Afrika, Caribbean dan gugusan negara Pasifik menikmati hak yang sama seperti pemain EU.
Kedudukan itu khususnya terpakai kepada atlet kriket dan ragbi, mendorong ramai warga Afrika Selatan, Caribbean dan kepulauan Pasifik datang bermain dalam liga domestik England.
Bagaimanapun suara majoriti sudah diketahui dan diumumkan secara rasmi. Walaupun tipis keputusan rakyat memihak kepada Britain keluar dari EU.
Menarik untuk dilihat bagaimana sukan berkembang di negara berkenaan selepas ini.
0 comments:
Post a Comment