WAJAH BABY YG MENGEJUTKAN?DAN SYAWAL BUAT SUATU YG BUAT FIKA MENANGIS?
Juara program realiti Pelamin Fantasia, Syawal dan Fiqa telah mengadakan sesi fotografi sempena kelahiran anak s
hulung mereka, Sofia Azzahra.
Menurut Syawal atau nama sebenarnya Muhammad Syawaluddin Ghazali, berkata sesi fotografi itu merupakan hajat isterinya yang teringin merakamkan memori indah bersama anak mereka.
“Sebenarnya Fiqa yang mahukan sesi bergambar itu, bila tengok dia teruja melihat foto-foto bayi ‘posing’ dengan cantik di Instagram, saya rasa nak buat kejutan tunaikan hasrat dia.
“Bila dia dapat tahu, sukalah dia, asyik tersenyum saja. Lagipun saya tak kisah, apa salahnya amik foto kenangan cantik-cantik kan? Esok-esok bila anak dah besar,boleh jugak kita tunjukkan pada dia.
“Masa sesi fotografi tersebut ada perkara lucu yang saya tak dapat lupakan, waktu tengah bergambar dan peluk Sofia tiba-tiba dia terkencing.
“Memang kelam kabut jugalah, tapi dalam masa yang sama kami ketawa sebab ia berlaku secara spontan, biasalah bayi kan, bukan dia boleh bagi amaran kalau nak terkencing,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak pada petang Jumaat.
Dalam pada itu Syawal juga turut berkongsi detik-detik manis semasa menyambut kelahiran anak perempuannya pada 16 May lalu.
“Hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya waktu Sofia dilahirkan. Selama ini saya asyik sambut kelahiran lembu dan kambing tapi bila tiba dekat anak sendiri rasa gementar pulak.
“Saya masuk bilik bersalin dan teman Fiqa sehinggalah bayi dilahirkan dan cakap pada doktor biar saya sendiri yang pegang ‘baby’ tu dan beri pada ibunya.
“Alhamdulillah ibu dan ‘baby’ sihat sehinggalah ke hari ini,” jelasnya.
Mengulas mengenai persiapan Raya, Syawal memberitahu mereka sekeluarga teruja untuk beraya bersama ‘orang baru’ dalam hidup mereka.
“Raya tahun ini persiapan kami sederhana saja cuma yang buatkan kami teruja ialah dapat beraya dengan Sofia.
“Pada masa yang sama juga Fiqa dah habis pantang dan dia beritahu tak sabar nak keluar dan makan juadah Raya.
“Insha Allah kalau tiada aral melintang lepas Raya kami akan buat majlis akikah untuk Sofia,” kongsi.
Sofia Azzahra Muhammad Syawal dilahirkan pada jam 3.00 pagi bertempat di Hospital Azzahra, Bandar Baru Bangi.
Jom tengok foto sweet Syawal dan Fiqa bersama puteri mereka, Sofia Azzahra oleh Camora Arts Photography ini:
Kredit foto: Camora Arts Photography
0 comments:
Post a Comment