JURULATIH JERMAN SINDIR KRITIKAN BALLACK


Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low, sekadar senyum sinis terhadap krtikian bekas pemain tengah negara itu, Michael Ballack, berkaitan prestasi juara dunia itu dalam Euro 2016 setakat ini.
Jerman membuka tirai kempennya dalam Kumpulan C dengan kemenangan 2-0 ke atas Ukraine di sebalik pertunjukan yang tidaklah begiu cemerlang.

Seterusnya, mereka berhempas-pulas untuk sebahagian besar perlawanan menentang Poland, dengan lawan terserlah sebagai pasukan yang lebih baik, tetapi berkedudukan baik untuk mara menjelang perlawanan terakhir kumpulannya dengan Ireland Utara, Selasa ini.

Begitupun, Ballack  -- inspirasi besar dalam kemaraan ke final Euro 2008 – mendakwa kelompok pemain sedia ada kekurangan personaliti dan perwatakan.

“Benda-benda seperti ini akan berulang-ulang,” kata Low.

“Perdebatan mengenainya hanya mengundang senyuman daripada saya. Pada 2014, cakap-cakap ketika itu ialah pasukan kami ketiadaan pemimpin.

“Kemudian kami muncul juara dunia dan tiba-tiba timbul cakap-cakap kami sebenarnya ada ramai pemimpin dalam pasukan. Pemain-pemain yang ada ini juga memiliki daya kepemimpinan yang baik.”

Jerman menantikan pertemuannya dengan Ireland Utara di Parc des Princes selaku pendahulu kumpulan, mengatasi Poland dengan perbezaan jaringan.

Satu mata sudah memadai untuk menjamin mereka kemaraan ke pusingan 16 terakhir tetapi Low mensasarkan kemenangan dan tangga teratas yang seterusnya akan menemukan mereka dengan salah satu pasukan di tangga ketiga kumpulan lain, dalam pusingan berikutnya.

“Pasukan kami memberi gambaran baik dari segi kecergasan. Kami mahu mengalahkan Ireland Utara, pasukan yang bersemangat melawan kental dan mampu berlari tanpa henti sepanjang permainan.”
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment