Penjawat Awam Mungkin Dapat Cuti Hari Raya Ketiga

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberikan cuti tambahan kepada penjawat awam pada Hari Raya Aidilfitri ketiga yang dijangka jatuh pada 8 Julai.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, 8 Julai yang jatuh pada Jumaat itu boleh diisytiharkan sebagai cuti peristiwa untuk penjawat awam sempena perayaan.
“Ia agak jarang berlaku kerana ia tidak berlaku sebelum ini di mana Hari Raya jatuh pada Rabu dan Khamis, dan hari berikutnya adalah hari bekerja, dan kemudiannya anda mempunyai cuti hujung minggu.
“Kerajaan akan membuat pertimbangan dan saya akan membawakan cadangan ini. Tetapi masih belum ditentukan lagi,” katanya pada perjumpaan khas Ketua Setiausaha Negara Bersama Anggota Majlis Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan yang diusulkan oleh Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda.
Bagi cuti peristiwa yang diluluskan, ia hanya akan terpakai kepada negeri-negeri di mana Jumaat adalah hari bekerja.
Hari Raya dijangka jatuh pada 6 Julai dan 7 Julai tahun ini, iaitu Rabu dan Khamis.
Negeri-negeri di Malaysia sebelum ini mengisytiharkan cuti peristiwa untuk acara tertentu, termasuk kemenangan dalam pertandingan sukan.
Johor mengisytiharkan 15 Mei lalu sebagai cuti peristiwa sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala FA.
-mstar
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment