Sejak beberapa bulan yang lalu, kelibat model Daihatsu Move yang sedang diuji oleh Perodua seringkali ditemui oleh orang awam di seluruh negara. Terkini, model ujian Daihatsu Move itu telah ditemui berada di kawasan sekitar Juru, Pulau Pinang, dan sekeping gambar luaran model kompak tersebut berjaya dirakamkan (sila rujuk gambar di atas).
Setakat ini pihak Perodua masih belum memberikan sebarang petunjuk sama ada model Daihatsu Move yang sedang diuji itu adalah model yang akan dijenamakan semula sebagai model Perodua Kenari 2017 serba baharu. Perodua Kenari telah lama dihentikan pengeluarannya, jadi sudah tiba masanya Perodua memperkenalkan semula model tersebut.
Jika menjadi kenyataan, Perodua Kenari 2017 mungkin akan dilancarkan pada tahun depan, menurut laporan awal dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Daihatsu Move tidak dinafikan merupakan sebuah model kompak yang menarik, sangat sesuai jika ianya dilancarkan semula di pasaran Malaysia sebgai model Perodua Kenari 2017 serba baharu..
Sumber: Funtasticko.net
0 comments:
Post a Comment