Saya Tayang Badan Untuk Kongsi Hobi


Mengakui tidak berniat untuk menunjuk nunjuk bentuk badannya di Instagram, Fezrul Khan menjelaskan perkara tersebut sebagai salah satu perkongsian hobi yang sihat selain menjadi pembakar semangat kepada orang ramai untuk turut sama mengamalkan gaya hidup sihat.

“Saya tidak berniat untuk menayangkan badan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Gambar tidak berbaju itu dirakamkan ketika bercuti di Pulau Mabul, Sabah. Takkan saya hendak memakai baju yang menutup badan pula?”

“Lagipun, pada masa sama, saya juga menyimpan hasrat untuk menggelapkan warna kulit supaya lebih sekata. Saya pernah memuat naik gambar tidak berbaju ketika bersenam di gimnasium. Saya tidak sewenang-wenangnya menayangkan badan tanpa sebab hanya kerana ingin menarik perhatian”
Apa pun, menurut pelakon lelaki ini, dia tidak mampu untuk menghalang orang di luar sana untuk menilai selain menafikan bahawa dirinya semakin berani selepas bercerai. (rtky/s)

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment