Mengakui mereka sudah lama berkawan, Zamani Slam tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut apatah lagi untuk mendedahkan bakal isterinya. Dalam kenyataan sebelum ini, penyanyi ini pernah menyatakan bahawa dia sememangnya berhasrat untuk menamatkan zaman bujang.
“Asalnya dia ialah peminat saya dan Slam, seterusnya membantu menguruskan kelab peminat saya. Bermula dari situ, kami berkawan rapat malah dia juga banyak menyokong jatuh bangun saya dalam industri ini,” jelasnya kepada BH Online.
Tambah Zamani lagi, dia tidak mahu memperbesarkan perkara tersebut iaitu mengenai perancangan perkahwinanannya kerana bimbang perkara itu (perkahwinan) tidak menjadi kenyataan selain atas dasar mahu menghormati keluarga kedua belah pihak.
“Saya perlu menghormati keluarga kedua-dua belah pihak dan enggan membelakangkan mereka. Saya perlu dahulukan mereka sebelum memberi apa-apa kenyataan kepada pihak media mengenai perkara ini. Lagipun saya baru saja berbaik-baik dengan keluarga”
“Jadi, saya tidak mahu mengeruhkan kembali hubungan yang kembali terjalin dengan berita seperti ini. “Sekiranya perkahwinan itu menjadi kenyataan, saya tidak akan sorok. Saya akan akan beritahu pihak media dan juga peminat,” jelasnya. (rtky/s)
0 comments:
Post a Comment